Kelas ICT Individu (Nur Fahima Fazlin)

14 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas ICT secara individu. Kelas ICT ini berlangsung di Pusat Internet Kg Surau dan disertai oleh pelajar sekolah menengah yang bernama Nur Fahima Fazlin. Kelas bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Nur Fahima Fazlin merupakan pelajar Sekolah Menengah yang mempunyai minat untuk belajar kemahiran ICT bagi menyiapkan kerja kursus sekolah. Kelas ICT ini merangkumi cara penggunaan microsoft word untuk membuat rancangan perniagaan atau resume disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali